Saturday, December 5, 2009

Diari hidupku..

Tanggal 9 November 2009 merupakan hari yang menyedihkan bagi aku..Pada hari tersebut aku telah kehilangan seorang kawan yang paling aku sayangi iaitu girlz..pada hari tersebut, persahabatan antara kami berdua telah putus disebabkan oleh sesuatu yang tidak dapat dikenalpasti..tidak siapa yang akan menyangka semuanya akan jadi begini..sepanjang hidupku ini,ini adalah kali pertama aku memutuskan persahabatan dengan seseorang yang amatku sayangi .sebelum ini aku pernah putus cinta tetapi tidaklah seperit yang aku alami sekarang..oleh itu,kadang2 aku akan menangis bila terkenangkan apa yang berlaku antara kami berdua..dulu semuanya indah dengan kenangan tetapi kini semuanya musnah disebabkan buah mulut orang..
Aku mula mengenali girlz ketika semester 2..walaupun baru kenal pada masa itu, tapi hubungan kami amat akrab. Aku berasa senang sekali ketika bersamanya..aku rindu dan suka melihatnya tersenyum..nampak cute..bagiku, senyumannya adalah suatu hadiah yang indah sebagai kawannya..oleh sebab itu,aku amat menghargai hubungan antara kami..oleh itu, aku sentiasa melakukan sesuatu yang tidak menyakitkan hatinya..kenangan antara kami begitu banyak sekali sehinggakan orang lain berasa cemburu melihat kami berdua..
Semakin lama kenal, maka timbullah perasaan cinta aku terhadapnya..walaupun aku cintakan girlz tetapi aku tidak meluahkannya sebab aku takut persahabatan kami tergugat gara2 rasa cinta aku terhadapnya..oleh itu,aku mengambil keputusan untuk cuba memendamkan cja perasaanku itu..namun tidak ku sangka2 bahawa dia tahu bahawa aku mencintainya..dia memberitahuku bahawa dia sudah ada boyfriend..dia suruh aku berjanji sesuatu dengannya..dia menyuruhku mencintai dia sebagai seorang kawan rapat dan bukannya sebagai kekasih..aku xtau samada dia ada kekasih ataupun tidak ..dan aku menghormati keputusannya..dan melayannya sebagai seorang kawan atas permintaannya..
Ketika cuti H1N1,dia telah jatuh sakit kerana kekurangan darah..dia dimasukkan ke Hospital Huala Lumpur untuk rawatan lanjut..aku sendiri tidak tahu yang dia jatuh sakit..sebaik cja aku mengetahuinya,aku terus bersms dengannya untuk bertanya khabar..13 ogos yang lepas merupakan hari yang malang baginya kerana terpaksa menyambut birthday dalam keadaan yang belum sembuh sepenuhnya..
Pada 15 ogos 2009, dia memberitahuku bahawa dia ingin pulang ke ump dan rindu ingin masuk ke kelas..aku berasa risau melihat dia pulang sendiri menggunakan bas jadi aku pergi mengambilnya sendiri di Kuala Lumpur bersama Billy dengan Michelle..kami bertolak dari ump pada pukul 1.00 petang dan sampai di Kuala Lumpur pada pukul 4.30 petang..aku menggunakan kereta cousinku,Jonnis..masa itu aku tidak berfikir banyak kerana aku amat risaukan keselamatannya,jadi aku rela pergi mengambilnya daripada membiarkan dia balik sendiri menggunakan bas..kami sampai di ump kira2 pada pukul 10.00 malam..semakin hari semakin beransur pulih dia.. syukurlah dengan berkat tuhan akhirnya dia telah sembuh..
Segala-galanya yang aku lakukan untuknya bukanlah dengan tujuan ataupun maksud tertentu..segala-gala yang aku lakukan adalah secara ikhlas..selama ini aku memang selalu menolongnya secara ikhlas..apabila dia memerlukan bantuan,aku tidak teragak2 dan sedaya upaya menolongnya..kalau aku boleh tolong,aku akan tolong..macam aku tolong kawan2 yang lain juga..disebabkan hubungan kami yang rapat dimata orang lain,jadi kami selalu jadi buah mulut orang dan mereka selalu pertikaikan hubungan kami berdua..ramai yang menyangka kami adalah pasangan kekasih sedangkan kami hanyalah kawan rapat cja..
Sejak akhir- akhir ini, banyak khabar angin yang pelik tentang kami tersebar ke sana sini.. banyak orang mengumpat dan mempersoalkan hubungan kami..even classmate kami pun menyatakan benda yang sama..ini menyebabkan girlz berasa tidak senang hati..pada mulanya dia dapat bersabar dengan karenah orang lain tetapi akhirnya dia tidak dapat bersabar..walaupun aku cuba memberi penjelasan tetapi tiada gunanya kerana dia xmau mendengarnya..dia berasa sakit dengan aku..dia memberitahu aku bahawa aku selalu memberinya tekanan dalam kelas..aku berasa hairan tentang hal ini kerana dia jarang menegur aku dalam kelas..dia lebih suka menegur orang lain berbanding aku..apakah salahku di mata muu girlz?..adakah aku begitu hina sekali sehinggakan kau menyatakan aku memberikan kau tekanan padahal aku hanya duduk diam dalam kelas..knapa baru sekarang kau baru mengatakan aku sedemikian sedangkan dulu kau tidak ambil kisah masa kita masih rapat dan digelar kawan..malah dulu kau lebih suka bergurau dengan aku..
Selepas itu,dia menuduh aku memberitahu orang lain yang kami berdua adalah couple..dia juga menyatakan bahawa aku memberitahu kawan2ku yang dia suka aku..aku tidak menafikannya kerana aku tidak pernah berbuat begitu..bagi aku,jikalau aku cintakan dia,aku tidak perlu memberitahu orang lain..orang yang aku patut luahkan perasaan cintaku adalah pada dia cja..memanglah senang mengatakan I Love U..tetapi bukan mudah untuk mengungkapkan dan menyatakannya didepan gadis yang kita cintai..aku bukanlah lelaki yang suka mengungkapkan kata2 cinta sesuka hati..aku hanya akan mengungkapkan kata cinta didepan gadis yang aku cintai cja tetapi ianya mestilah melalui pertimbangan dan tindakan aku sendiri..aku seorang yang berpendirian,girlz..sekiranya aku ada buat salah,aku perlukan bukti untuk setiap kesalahanku..aku tidak suka dengan cara kau yang suka menuduhku dengan benda yang bukan2 yang tidak aku lakukan dan aku tidak akan mengaku sehingga kau memberikan aku bukti yang nyata..
Selain itu juga, dia menuduh aku suka memutarbelitkan cerita lalu melabelkan aku sebagai orang yang hipokrit..dan dia turut menyatakan bahawa dia tidak mahu berkawan dengan orang yang hipokrit..dia kata kalau ingin berkawan,berkawan secara jujur..aku menegaskan bahawa aku bukanlah orang yang hipokrit..aku cuba memberikan penjelasan namun tidak dilayan..malah dia berkata jangan ganggu saya lagi selepas ini..
Adakah semua ini salah aku ,girlz?..knapa kau xmau mendengar penjelasan aku terlebih dahulu..aku sangat mempercayai kau tetapi mengapakah kau masih tidak percaya padaku walaupun sedikit..adakah semua yang aku lakukan untuk kau selama ini tidak bermakna bagi muu..buat masa ini, aku hanya inginkan penjelasan dari muu dan aku ingin tahu siapakah yang memberitahu kau tentang perkara2 yang tidak betul ini..aku sendiri blurr..janganlah kau membuat aku tertanya2 lagi..kau slalu kata kau dah kenal siapa aku yang sebenarnya tetapi nampaknya kau masih belum kenal aku dengan sepenuhnya..kau juga kata aku orang pelik padahal semua kita adalah sama juga disisi tuhan..aku inginkan kebenaran dari kau,girlz..itu saja.jikalau kau memutuskan persahabatan kita gara2 aku cintakan kau..itu merupakan tindakan yang tidak berasas..aku menyusun jari meminta maaf seandai aku ada buat salah dengan kau selama ini..girlz..aku mengungkapkan semua ini bukanlah bermaksud untuk menyakiti hati muu tetapi aku melakukannya kerana aku sayang pada muu dan aku ingin mengekalkan hubungan kita sebagai kawan..jikalau kau fikir tindakan kau ini adalah betul maka aku pun xdapat berbuat apa2 lagi2..mungkin inilah takdir antara kita berdua..aku harap kau akan sentiasa bahagia..selain itu,aku akan slalu berdoa supaya tuhan memberikan kesihatan yang baik kepada kau..semua ini aku lakukan kerana aku masih menganggap kau sebagai kawan..akhir sekali,goodbye kawanku dan jagalah diri baik2 k..may god bless always..